Dalam konteks infaq Ramadan dan penerangan kebaikan dari hadis Bukhari,
Terdapat beberapa ayat Al-Qur'an dan hadis yang relevan dan dapat menjadikan pedoman kepada diri kita
untuk menambahkan saham akhirat kita,
Jangan lupa juga ianya serba sedikit membantu masyarakat sekeliling
Dan terutama kepada golongan fakir miskin dan sebagainya.
مَّثَلُ ٱلَّذِينَ يُنفِقُونَ أَمْوَٰلَهُمْ فِى سَبِيلِ ٱللَّهِ كَمَثَلِ حَبَّةٍ أَنۢبَتَتْ سَبْعَ سَنَابِلَ فِى كُلِّ سُنۢبُلَةٍۢ مِّا۟ئَةُ حَبَّةٍۢ ۗ وَٱللَّهُ
يُضَـٰعِفُ لِمَن يَشَآءُ ۗ وَٱللَّهُ وَٰسِعٌ عَلِيمٌ ٢٦١
Bandingan (derma) orang-orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah,
ialah sama seperti sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai,
tiap-tiap tangkai itu pula mengandungi seratus biji.
Dan (ingatlah), Allah akan melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendakiNya,
Dan Allah Maha Luas (rahmat) kurniaNya, lagi Meliputi ilmu pengetahuanNya.
Surah Al-Baqarah ayat 261
اليد العليا خير من اليد السفلى واليد العليا
هي المنفقة واليد السفلى هي السائلة
“Tangan yang di atas lebih baik dari tangan yang di bawah.
Tangan di atas adalah orang yang memberi dan tangan yang dibawah adalah orang yang meminta.”
(HR. Bukhari no.1429, Muslim no.1033)
Sukacita kami membuka peluang untuk anda berinfaq sempena bulan Ramadhan ini bagi
menampung perbelanjaan dan kos aktiviti yang dijalankan oleh pihak Aspirasi Ummah.
Selain daripada menggandakan solat, baca al-quran dan amalan lain.
Kita janganlah lepaskan peluang untuk gandakan amalan sedekah.
Infaq-infaq yang kami bakal lakukan bersama anda iaitu diantaranya :
Sedekah Subuh
Amalan makan berjemaah adalah merupakan salah satu sunnah Rasulluah SAW,
Dengan pemberian dan niat anda para jemaah yang datang ke masjid dan surau
dapat memberikan pahala yang sangat besar di sisi Allah SWT.
Infaq Buah Kurma
Aspirasi Ummah akan menginfaq kepada seluruh masjid dan surau
Untuk mereka berbuka puasa serta kami tidak lupa juga kepada golongan
anak yatim, fakir miskin dan pelajar tahfiz.
Infaq Bubur Lambuk
Aktiviti ini tidak pernah lari dalam bulan Ramadan,
Dengan sedekah ikhlas anda, setiap suapan yang masuk ke perut mereka-mereka yang berpuasa ini,
menyusulnya pahala buat anda jua.
Wakaf Al-Quran
يَـٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُوٓا۟ أَنفِقُوا۟ مِن طَيِّبَـٰتِ مَا كَسَبْتُمْ وَمِمَّآ أَخْرَجْنَا لَكُم مِّنَ ٱلْأَرْضِ ۖ
وَلَا تَيَمَّمُوا۟ ٱلْخَبِيثَ مِنْهُ تُنفِقُونَ وَلَسْتُم بِـَٔاخِذِيهِ إِلَّآ أَن تُغْمِضُوا۟ فِيهِ ۚ وَٱعْلَمُوٓا۟ أَنَّ ٱللَّهَ غَنِىٌّ حَمِيدٌ
Surah Al-Baqarah (2:267) :
Wahai orang-orang yang beriman!
Belanjakanlah (pada jalan Allah) sebahagian dari hasil usaha kamu yang baik-baik,
dan sebahagian dari apa yang Kami keluarkan dari bumi untuk kamu.
Dan janganlah kamu sengaja memilih yang buruk daripadanya (lalu kamu dermakan atau kamu jadikan pemberian zakat),
padahal kamu sendiri tidak sekali-kali akan mengambil yang buruk itu (kalau diberikan kepada kamu),
kecuali dengan memejamkan mata padanya.
Dan ketahuilah, sesungguhnya Allah Maha Kaya, lagi sentiasa Terpuji.
Sukacita kami membuka peluang untuk anda berinfaq sempena bulan Ramadhan ini bagi
menampung perbelanjaan dan kos aktiviti yang dijalankan oleh pihak Aspirasi Ummah.
Selain daripada menggandakan solat, membaca al-quran dan amalan lain,
Kita janganlah melepaskan peluang untuk kita lagi gandakan amalan sedekah
di dalam bulan yang penuh dengan keberkatan.
Semoga sumbangan ikhlas kita dapat terus mengalir
sehingga kita menghembus nafas yang terakhir.
“Siapa yang memberi makan orang yang berpuasa maka baginya pahala
seumpamanya tanpa sedikitpun kurang pahala orang berpuasa.”
(Riwayat Ahmad, al-Tarmizi dan al-Baihaqi)
*Pembayaran melalui QR code dibawah TIDAK akan dikenakan cas transaksi RM1.00
Kepada penderma,
Terima kasih & semoga dimurahkan rezeki