

Biarlah setiap detik yang berlalu menjadi saksi kepada kebaikan yang kita lakukan.
Biarlah setiap langkah kita di atas muka bumi ini menjadi jejak kasih sayang kepada mereka yang memerlukan.
Biarlah tahun 2024 menjadi tahun di mana kita benar-benar memahami makna kehidupan,
iaitu memberi dan menerima kasih sayang tanpa mengira bangsa, agama, atau kedudukan sosial.
>>>
Hasil Infaq Kebajikan anda kepada sekeluarga Puan Izzah,
Iaitu seorang ibu tunggal yang terpaksa menanggung kesusahan
untuk menyara anak-anaknya dan seorang anak OKU,
Semoga bantuan anda dapat diteruskan dan membantu lebih banyak keluarga
yang memerlukan bantuan.


Marilah kita bersama-sama mengubah dunia menjadi tempat yang lebih baik,
bukan hanya untuk diri kita sendiri,
tetapi untuk setiap jiwa yang dipinggirkan dan dilupakan.
Biarlah cahaya kebaikan kita menyinari jalan mereka yang gelap,
sehingga mereka dapat merasakan kehangatan cinta dan kasih sayang,
seperti matahari yang menyinari setiap sudut dunia.
Setiap aktiviti akan kami paparkan di laman sosial media kami yang berada di Facebook, Instagram dan tik tok.
Gambar - gambar aktiviti yang berjaya atas sumbangan kalian kami dapat bersama-sama jayakan :



Firman Allah SWT:
إِن تُبْدُوا الصَّدَقَاتِ فَنِعِمَّا هِيَ ۖ وَإِن تُخْفُوهَا وَتُؤْتُوهَا الْفُقَرَاءَ فَهُوَ خَيْرٌ لَّكُمْ ۚ
وَيُكَفِّرُ عَنكُم مِّن سَيِّئَاتِكُمْ ۗ وَاللَّـهُ بِمَا تَعْمَلُونَ خَبِيرٌ
Yang bermaksud:
“Kalau kamu zahirkan sedekah-sedekah itu (secara terang),
maka yang demikian adalah baik (kerana menjadi contoh yang baik).
Dan kalau pula kamu sembunyikan sedekah-sedekah itu
serta kamu berikan kepada orang-orang fakir miskin,
maka itu adalah baik bagi kamu
dan Allah akan menghapuskan dari kamu sebahagian dari kesalahan-kesalahan kamu.
Dan (ingatlah), Allah Maha mengetahui secara mendalam akan apa yang kamu lakukan.”
(Surah al-Baqarah: 271)
*Pembayaran melalui QR code dibawah TIDAK akan dikenakan cas transaksi RM1.00
Kepada penderma, Terima kasih & semoga dimurahkan rezeki
